SOLUSI, penyelesai masalah

Dengan nama Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah

Kali ini hendak berkongsi sedikit berkenaan majalah yang aku sedang baca sekarang. Majalah ini bukanlah majalah informasi semata-mata, bukan juga majalah untuk memenuhi nafsu dunia semata-mata, majalah ini tidak pula hanya menyatakan masalah malah menunjukkan jalan penyelesaian. Majalah ini adalah SOLUSI!!!


Majalah SOLUSI isu Perdana

Tentu anda semua tertanya-tanya, apakah isi kandungan majalah ini. Dengan tema "Panduan Hidup Bersyariat", majalah yang baru memasuki isu kedua patut dimiliki dan dibaca oleh umat Islam masakini. Majalah Islam terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini sarat dengan isu-isu semasa dan penyelesaian merangkumi ruang lingkup kehidupan seorang Muslim meliputi aqidah, ibadah, akhlak dan diwarnai dengan sains, sejarah dan motivasi.
SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksaan syariat di semua peringkat individu., di semua bidang kehidupan. - Ketua Editor SOLUSI
Petikan di atas merupakan misi SOLUSI ini dihasilkan walaupun bermacam jenis majalah Islam telah diterbitkan dan dipasarkan di kedai-kedai buku berhampiran tempat tinggal anda. Ini merupakan 'perkongsian' ilmu dan informasi yang menjadi pelaburan saham kepada sesiapa yang bertolong-tolong dalam kerja kebajikan.

Ulasan

  1. Abd. Fatah Firdaus: sesuai utk semua lpisan masyarakat..dptkan di pasaran

    BalasPadam
  2. bgs gak...aku pon memerlukan bhn cm ni...bese cari kat internet or dgr radio...pyh sket

    BalasPadam
  3. Sub: bagus2..cari je kt kedai2 buku. skang dh isu 2. psl jgn takut selain Allah..

    BalasPadam
  4. hehe... akoo skang amat jarang bc. kalo sape nk kasik free leh je!

    BalasPadam
  5. Sweet Thinker: hehe..nk bg free tu sush ckitla..yg penting usaha utk lebih byk bace..hoho..bace komik pon xpe..

    BalasPadam

Catat Ulasan