Pangkah blogger itu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di Denmark, apabila Nabi Muhammad telah dihina melalui ilustrasi, umat Islam bangkit menentang, begitu juga reaksi penganut Islam apabila Salman Rushdie mengeluarkan buku hinanya. Tiba-tiba, Buletin Utama TV3, kira-kira jam 8.30 malam tadi [26 Disember 2008] melaporkan sebuah blog dari Malaysia yang keseluruhan entrinya menghina Junjungan besar, Nabi Muhammad dan Islam dengan alasan 'open minded'. Lantas, apa reaksi kilat kita?

Difahamkan, blog ini berselindung di sebalik nama seorang wanita dan dipercayai gambar wanita yang diletakkan  sebagai gambar pemilik blog itu bukanlah gambar sebenar penulis blog berkenaan. Baling batu sembunyi tangan gamaknya. Apakah niat penulis blog adibahahmad.blogspot.com tersebut menaikkan amarah penduduk beragama Islam di Malaysia dan nusantara khasnya dan dunia amnya?

Ayuh, umat Islam sedarlah! Bahawa agamamu dalam bahaya. Bertindak selagi ada dayamu, fikiranmu dan kuasamu. Untuk itu, sila 'FLAG ' blog adibahahmad.blogspot.com ini. Jika penulis blog itu orang Islam, sama kita berdoa agar beliau dan mereka yang sealiran dengan beliau kembali kepada Islam dan bertaubatlah...

Kemaskini [28 Dis]: Azizwan memberitakan bahawa kesemua entri dalam blog berkenaan telah dibuang. Terima kasih kepada mereka yang terlibat. Semoga dengan usaha anda ini, walaupun kecil tapi besar disisi Islam.