Kembalinya Son Goku

Anda peminat Dragon Ball [DB]? Kipas susah mati Son Goku mahupun Datuk Kame? Kini peminat DB boleh menghela nafas lega sambil goyang-goyangkan kaki kerana Son Goku dan rakan-rakan kembali menemui peminat setia mereka. Satu kepulangan yang sememangnya dinanti-natikan.

Dragonball - JUMP Super Anime Tour Special - Yo! The Return of Son-Goku and Friends!! merupakan tajuk 'anime' selama 30 minit sempena ulangtahun majalah Shounen JUMP [majalah 'manga' Dragon Ball diterbitkan] yang ke-40.


Antara babak-babak yang ingin anda lihat [kliQ gambar untuk tumbesaran]

Tentu anda tidak sabar-sabar menontonnya bersama keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai terdekat yang berdekatan anda. Lihat pada babak di atas menunjukkan kehadiran orang jahat yang baru. Adakah beliau lebih kuat? Siapakah yang akan menentang mereka? Mereka? Berapa ramai yang datang ke bumi untuk mengukur sejauh mana kekuatan mereka? Adakah Encik Satan menyelamatkan dunia, sekali lagi?

Untuk lebih tahu sinopsis dan muat turun sila ke MangaAnimeSukaSuki.Hendak lihat pratayangan animasi video asli [OVA], boleh kunjungi YouTube.