Rokok? Tak nak le..

Bertanya seorang imam kepada seorang anak buahnya, Abu

Imam: Adakah kamu mengucap 2 kalimah syahadah?
Abu: Entah
Imam: Tak apa, kamu boleh ucapkan sekarang biar aku yang dengar dan mengesahkannya

Imam: Adakah kamu bersembahyang?
Abu: Tidak
Imam: Tak apa, kamu boleh ganti bila masuk waktu dan gantilah setiap waktu tu satu solat

Imam: Adakah kamu berpuasa di bulan Ramadhan?
Abu: Tidak
Imam: Tak apa, kamu boleh ganti kerana kalau kita bermusafir yang jauh atau sakit teruk kita boleh ganti bila sudah sihat atau sampai ke tempat yang dituju

Imam: Adakah kamu sudah membayar zakat?
Abu: Tak berapa pasti
Imam: Tak apa, kamu kiralah pendapatan kamu, dah cukup haul, bayarlah dengan penuh keiklasan dan kerana Tuhanmu yang maha kuasa.

Imam: Adakah kamu sudah naik haji?
Abu: Belum
Imam: Tak apa, haji untuk mereka yang mampu dari segi tenaga dan kewangan.

Imam: Soalan akhir, adakah kamu merokok?
Abu: YA

Maka berceritalah imam itu,

- sekotak 20 batang RM6.50 X 30 hari = RM195.00
- hisap untuk setahun RM195 X 12 bulan = RM2340.00
- kalau kamu hisap 10 tahun X RM2340 = RM23400.00!!!

Imam: Maka HARAMlah rokok itu kepada kamu kerana dengan merokok itu kamu tak dapat menunaikan rukun Islam yang kelima.

fikir-fikirkanlah.....

Blogku fikir