Tahap keselamatan di UKM?

Semalam 19 Jun, terjadi satu rompakan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Bangi. Rampokan ini berjaye melarikan sejumlah wang sebanyak 350, 000 ringgit dari ATM CIMB oleh 7 orang perampok (xkan pengemop lantai, kan..). Difahamkan mereka nie masuk UKM dgn menyamar sbg anggota polis.

Kisah nie macam replay rampokan kt UM hari tue (27 Jan. 2007). Uish, risaunyer dengar berite macam nie..Tapi kt UM lg banyak geng Deva ni dapat, 2.19 juta ringgit tue tapi akhirnye kantoi kena tangkap ngan pak guard UM.

Banyak atau sikit nilai duit tak menjadi isu. Soalnya adalah tahap keselamatan di IPT ini sehingga boleh berlaku kejadian rompakan seperti ini. Kalau sebelum ini, UKM di'suprise'kan dgn kes 2 orang budak undang2 ingin dibawa lari untuk dijadikan pelacur. Kali ini rompakan ribuan ringgit pula menggegar UKM.

Di mana orang yang sepatutnya menjaga keselamatan warga IPT ini? Takkan sudah berlaku, baru nak terngadah..atau disergah baru nak terbuka mata..? Nak buat camne..lepaQ je ke?